Malaysiakini tak beretika, ‘CURI’ gambar tanpa izin

RUPA-rupanya bukan akhbar arus perdana saja yang tak profesional dalam melaporkan berita, membuat fitnah terutama kepada parti-parti pembangkang, sebaliknya laman berita internet tersohor yang agak pro reformasi juga tidak mengamalkan etika kewartawanan apabila sesuka hati mencuri gambar daripada blog lain tanpa izin tuannya untuk dimuatkan dalam artikel-artikel terbitan portal berkenaan.

Maksud tuan blog berkenaan tidak izinkan sesiapa mengambil gambar ialah apabila dia telah mencatatkan di posting eksklusifnya semua gambar dalam posting berkenaan adalah hak miliknya, jadi jangan sesiapa ambil kecuali mendapat izin daripadanya terlebih dahulu.

Artikel dimaksudkan yang diterbitkan oleh MALAYSIAKINI dengan mengambil gambar ‘CURI’ ialah berkaitan isu heboh sehari dua ini mengenai kes “Ariffahmi Letak Jawatan”. Dalam artikel yang ditulis oleh Jimadie Shah Othman tersebut Malaysiakini telah meletakkan gambar yang di’CURI’nya iaitu gambar anak perempuan Tok Guru yang turut terpalit dengan kontroversi suaminya kerana beliau bertindak menulis dalam blog dan mempertahankan suaminya. (more…)

December 24, 2009 at 10:40 am Leave a comment

Update aktiviti MADA sepanjang April 2009

SELEPAS cuti pertengahan penggal pertama yang bermula pada 27 Mac hingga 4 April lalu, Maahad Darul Anuar aka MADA telah mengadakan beberapa program sama ada melibatkan pelajar mahu pun ibu bapa pelajar sendiri.

Pada 4 April 2009, MADA mengadakan mesyuarat penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bertempat di dewan utama sekolah.

Kehadiran ibu bapa pada program itu sangat memberangsangkan apabila hampir keseluruhan ibu atau bapa pelajar hadir bagi mendengar dan mengutarakan sendiri permasalahan anak masing-masing.

Program bermula dengan solat hajat di Masjid Tok Guru dan majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari. (more…)

May 10, 2009 at 11:45 pm Leave a comment

Laman web MADA boleh diakses semula

MALAM semalam laman web rasmi Maahad Darul Anuar @ MADA di alamat http://mada30.com mengalami masalah database dan menyebabkan ia tidak dapat diakses.

Pihak Unit IT MADA terpaksa bertungkus lumus bagi menyelesaikan masalah berkenaan dan sebagai langkah kecemasan laman web alternatif di alamat http://mada30.com/bm telah diwujudkan.

Begitu pun ia tidaklah mampu disiapkan dalam tempoh yang singkat kerana ia terpaksa dilakukan sejak dari awal semula.

Laman web alternatif siap (tidak sepenuhnya) pada lewat petang semalam dan mula dibuka kepada pengunjung pada sebelah malamnya setelah selesai diuji dan semua perkakasan digunakan berfungsi sepenuhnya. (more…)

April 2, 2009 at 9:45 pm 1 comment

Laman Web Rasmi Maahad Darul Anuar @ MADA

Assalamualaikum wbt..

Laman web rasmi Maahad Darul Anuar @ MADA telah pun dipindahkan ke tapak hosting baru di alamat berikut: http://mada30.com

Semua pengunjung dipersilakan ke tapak baru tersebut untuk mengikuti apa saja perkembangan dan maklumat berkaitan Maahad Darul Anuar aka MADA.

Semoga mendapat respon baik daripada pengunjung semua. Terima kasih.

web-mada30

March 30, 2009 at 2:47 pm Leave a comment

Assalamualaikum dan Selamat Datang

Ini adalah laman percubaan bagi Maahad Darul Anuar @ MADA sebelum berpindah ke tapak hosting berbayar, insya-Allah.

Pihak pengurusan sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah menghantar anak-anak mereka ke Maahad Darul Anuar.

March 7, 2009 at 10:14 am Leave a comment


Categories

Respon Pelawat

malaysia web design on Laman web MADA boleh diakses…

RSS Dari Website Maahad Darul Anuar

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Blog Stats

  • 5,108 hits

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.