Update aktiviti MADA sepanjang April 2009

May 10, 2009 at 11:45 pm Leave a comment

SELEPAS cuti pertengahan penggal pertama yang bermula pada 27 Mac hingga 4 April lalu, Maahad Darul Anuar aka MADA telah mengadakan beberapa program sama ada melibatkan pelajar mahu pun ibu bapa pelajar sendiri.

Pada 4 April 2009, MADA mengadakan mesyuarat penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bertempat di dewan utama sekolah.

Kehadiran ibu bapa pada program itu sangat memberangsangkan apabila hampir keseluruhan ibu atau bapa pelajar hadir bagi mendengar dan mengutarakan sendiri permasalahan anak masing-masing.

Program bermula dengan solat hajat di Masjid Tok Guru dan majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Pada 7 April hingga 9 April 2009 iaitu selama tiga hari semua pelajar mengikuti program Mukhayyam Khariji (Kem Motivasi) bertempat di Gelora Beach Resort, Bachok.

Alhamdulillah respon pelajar sangat memuaskan. Semua program diatur berjalan lancar, pelajar pula sangat bersemangat mengikuti aktiviti yang telah disusun pihak urusetia.

Pada 10 April pula di tempat yang sama semua guru MADA berkumpul mengikuti percambahan fikiran dengan pihak pentadbiran.

Pada 27 April 2009, satu perhimpunan khas dalam bahasa Arab diadakan di perkarangan MADA.

Nik Ahmad Muhajir Nik Omar, pelajar tingkatan empat diamanahkan mempengerusi majlis pada hari berkenaan.

Entry filed under: Aktiviti. Tags: , , , , .

Laman web MADA boleh diakses semula Malaysiakini tak beretika, ‘CURI’ gambar tanpa izin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Categories

Respon Pelawat

malaysia web design on Laman web MADA boleh diakses…

RSS Dari Website Maahad Darul Anuar

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Blog Stats

  • 5,439 hits

%d bloggers like this: