Malaysiakini tak beretika, ‘CURI’ gambar tanpa izin

December 24, 2009 at 10:40 am Leave a comment

RUPA-rupanya bukan akhbar arus perdana saja yang tak profesional dalam melaporkan berita, membuat fitnah terutama kepada parti-parti pembangkang, sebaliknya laman berita internet tersohor yang agak pro reformasi juga tidak mengamalkan etika kewartawanan apabila sesuka hati mencuri gambar daripada blog lain tanpa izin tuannya untuk dimuatkan dalam artikel-artikel terbitan portal berkenaan.

Maksud tuan blog berkenaan tidak izinkan sesiapa mengambil gambar ialah apabila dia telah mencatatkan di posting eksklusifnya semua gambar dalam posting berkenaan adalah hak miliknya, jadi jangan sesiapa ambil kecuali mendapat izin daripadanya terlebih dahulu.

Artikel dimaksudkan yang diterbitkan oleh MALAYSIAKINI dengan mengambil gambar ‘CURI’ ialah berkaitan isu heboh sehari dua ini mengenai kes “Ariffahmi Letak Jawatan”. Dalam artikel yang ditulis oleh Jimadie Shah Othman tersebut Malaysiakini telah meletakkan gambar yang di’CURI’nya iaitu gambar anak perempuan Tok Guru yang turut terpalit dengan kontroversi suaminya kerana beliau bertindak menulis dalam blog dan mempertahankan suaminya.

Artikel ini tidak ingin menyentuh mengenai isu ‘Ariffahmi’ atau ‘isterinya’. Soal isteri hendak membela suami, anak ingin membela keluarga dan sebagainya itu hak tuan empunya diri. Betul atau salah tindakan yang diambil mereka biarlah mereka fikir sendiri. Ini bukan masalah budak kecil. Semua besar panjang dan mereka terlibat pun bukan orang tak cerdik.

Yang ingin disentuh di sini ialah perihal tindakan tak profesional dan tak beretika Malaysiakini yang mengambil gambar orang lain yang tuannya ‘TIDAK IZINKAN’ sama sekali, bukan kepada MALAYSIAKINI saja tetapi kepada semua orang KECUALI.. diulangi KECUALI tuan blog berkenaan memberi keizinan. Jadi macam mana nak izinkan kalau tak minta izin terlebih dahulu.

Masalah kecil besar atau bernilai tak bernilai gambarĀ  berkenaan tentu ada sebabnya kenapa tuan gambar tak izinkan sesiapa ambil. Kalau laman berita yang ‘established‘ seperti MALAYSIAKINI pun main rembat saja hak milik orang lain mana kredibiliti yang dijulang dan diwar-warkan terhadap portal berkenaan. Sudahlah curi gambar, tak nyatakan pula sumber gambar yang diCURI itu. Malaysiakini bukan laman web ‘CAP AYAM’, tapi laman web komersil.

Masalahnya juga, MALAYSIAKINI kalau dah ‘publish‘ satu artikel habis satu Malaysia blog-blog lain akan ‘copy paste‘, termasuk dengan gambar CURI berkenaan. Pihak yang ‘copy paste‘ artikel manalah mereka tahu yang MALAYSIAKINI dah CURI gambar orang lain.

Orang kata berita Malaysiakini disukai kerana menyiarkan berita terkini. Sebenarnya banyak berita Malaysiakini di edit atau disunting dari berita lain, majoritinya dari Bernama. Edit kepala berita saja, ekor dan seterusnya sama je daripada artikel asal, tapi tak apalah juga sebab ada disebut sumber dari agensi mana. Tapi kalau Malaysiakini ‘petik’ artikel dari blog-blog yang tak dikenali ada ke Malaysiakini nak nyatakan sumbernya. wallahua’lam.

Berita Malaysiakini yang dimaksudnya yang meletak gambar ‘CURI’:

Tajuk berita: “Mengapa bapa saya saja pertahan PAS?”

Sumber (blog asal) yang memuatkan gambar yang di’CURI’ oleh Malaysiakini:

Tajuk: “Pertunjukan Fesyen Gala Pesona di KTC”

Entry filed under: Isu Semasa. Tags: , .

Update aktiviti MADA sepanjang April 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Categories

Respon Pelawat

malaysia web design on Laman web MADA boleh diakses…

RSS Dari Website Maahad Darul Anuar

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Blog Stats

  • 5,439 hits

%d bloggers like this: